Miri , 28 Julai – Maritim Malaysia Zon Maritim Miri menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak senjata api kecil jenis Glock 19 dan Rifle M16 yang diadakan di Lapang Sasar batu 12 , Lambir hari ini.
Latihan menembak ini melibatkan seramai 15 pegawai dan 75 pegawai lain-lain pangkat.
Latihan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata kecil, di samping, memupuk semangat berpasukan serta melihat tahap kesiapsiagaan anggota dan pegawai dalam mengendalikan senjata.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Hj Paing merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan latihan menembak ini.