29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL MARITIM NEGERI PAHANG 

ROMPIN, 27 Julai - Maritim Negeri Pahang telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) di Lapang Sasar Ibu Pejabat Daerah Rompin, Pahang.

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Julai 2022 melibatkan lebih kurang 44 pegawai dan anggota MN Pahang dan Pos Maritim Teluk Gading yang melibatkan latihan senjata api Pistol Glock 19, CZ 75 SP SHADOW, CZ P 07 dan Raifal M16.

Objektif utama Program Latihan Kemahiran Menembak Senjata Kecil pada kali ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kecekapan anggota di dalam pengendalian senjata seterusnya meningkatkan kemahiran penggunaan senjata api yang digunakan oleh agensi.

Selain itu, ia adalah rutin pemeriksaan uji cuba ke atas semua senjata kecil dalam pegangan dan sebagai sesi ulangkaji kepada pegawai serta anggota untuk tatacara pengendalian senjata api kecil dengan menitik beratkan langkah-langkah keselamatan.

Penglibatan Pegawai dan anggota PDRM dari IPD Rompin yang bersama-sama berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian senjata api dilihat memberikan impak yang positif terhadap pelaksanaan program ini.

0d10766c 2cea 4cdb af79 f96b6c9aec4c   cdaa623d 534b 4219 95c4 ca3d62d5f344 
b2c50bfc d15f 4d5f aafd 2fd35a2e5494   e839d45f 275e 4cc0 a202 c9d971cfbca9
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC