19
Jum, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT MARITIM DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KANAN MUDA PASKAM

ARAU, 12 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan majlis tamat latihan dan penyampaian sijil Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pengambilan 1/2018 dan 2/2019 di perkarangan Dewan Ilmu UniMAP, Arau Perlis, pagi tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah Perlis Kepten Saliza binti Ahmad dan Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain serta pegawai dan jurulatih Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM).

Pada 6 Oktober 2018, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dipilih sebagai universiti awam pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda.

Majlis tamat latihan dan penyampaian sijil Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini melibatkan 81 Kadet Leftenan Muda PASKAM bagi sesi September 2018, sidang akdemik 2018/2019.

Zon Maritim Kuala Perlis dipilih sebagai penyelaras bagi menjalankan pembelajaran selama empat semester membabitkan teori seperti peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.

Pelaksanaan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) memberi impak positif kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi berkenaan peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Pada hari bersejarah ini, Leftenan Muda PASKAM Nur Afifah Najiah binti Azman telah dianugerahkan sebagai kadet terbaik PASKAM siri 1/2018, manakala Leftenan Muda PASKAM Muhamad Haikal bin Abdullah telah dianugerahkan sebagai kadet terbaik PASKAM siri 2/2019.

Leftenan Muda PASKAM Muhammad Shahrul Iman bin Mohd Sidek siri 1/2018 dan Leftenan Muda PASKAM Yashumen A/L Ravendhran siri 2/2019 telah dipilih sebagai penerima anugerah kawad terbaik.

Anugerah-anugerah ini merupakan mekanisme pengiktirafan serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh pelatih bagi meningkatkan moral dan motivasi Kadet PASKAM kerana UniMAP merupakan IPTA pertama (Pilot Project) yang menawarkan kursus badan beruniform PASKAM sebagai kursus baru di universiti tersebut.

 

gambar resize 01   gambar resize 02
     
gambar resize 04   IMG 8683
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC