19
Jum, Apr

Grid List

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

MAJLIS JASAMU DIKENANG MARITIM NEGERI SARAWAK TAHUN 2022 DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK (IPMNS) TAHUN 2021

KUCHING, 21 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang Maritim Negeri Sarawak tahun 2022 dan Majlis APC peringat Maritim Negeri Sarawak Tahun 2021 bertempat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Majlis anjuran Maritim Negeri Sarawak ini dihadiri oleh Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Pengarah Zon Maritim, para pesara serta keluarga, waris/wakil gemulah, penerima APC serta warga Maritim Negeri Sarawak yang dijemput.

 

WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.37.03 PM    WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.36.22 PM 1
WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.36.40 PM   WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.36.23 PM

 

Pada tahun ini kedua-dua majlis dilakukan secara serentak. Majlis Jasamu Dikenang diadakan untuk meraikan lima orang pesara dan akan bakal pesara pada tahun ini, manakala dua orang waris/wakil gemulah yang meninggal dunia dalam perkhidmatan turut dijemput pada majlis ini untuk menerima sumbangan dari agensi. Majlis ini adalah sebagai tanda perhargaan kepada pejawat awam yang telah memberikan sumbangan dalam perkhidmatan selain menghargai jasa dan bakti mereka yang telah berkhidmat di Maritim Negeri Sarawak.

 

WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.37.17 PM

Seterusnya, di dalam majlis ini seramai 18 penerima APC 2021 diraikan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan penjawat awam kerana kualiti dan kuantiti sumbangannya kepada agensi. Dengan penganugerahan ini dapat memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan lagi kualiti kerja selain memberi dorongan kepada lain-lain pegawai dan anggota untuk bersama-sama bersaing dengan sihat bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat agensi.

Grid List

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KESELAMATAN PETRONAS KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 19 APRIL – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Sivashakaran Nair Sankunny, semalam.

Ketibaan delegasi ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

 

WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.07 PM
 
WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.06 PM
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC