CHERAS, 1 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor telah terlibat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor : Pengurusan Pandemik 2022. Majlis dipengerusikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada pagi Jumaat.
Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini adalah bertujuan membincangkan situasi semasa mengenai pengurusan pandemik COVID-19 di negeri Selangor. Pada masa yang sama , Maritim Negeri Selangor juga telah dijemput bagi menyertai latihan menembak yang diadakan di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA). Latihan menembak terdiri dari dua kategori iaitu "centre fire'dan " falling plate "secara berkumpulan. Pengarah Maritim Negeri Selangor , Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam bersama 2 pegawai telah menyertai latihan tersebut dan telah menang bagi dua acara tersebut. Latihan menembak diakhiri dengan penyampain hadiah dan cenderahati.