20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM SELANGOR ANJUR TAKLIMAT PERTOLONGAN CEMAS DENGAN KERJASAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

KLANG, 29 Jun -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor telah menganjurkan satu taklimat asas pertolongan cemas hasil dari kerjasama dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) cawangan Klang, Selangor bertempat di bilik Auditorium Ibu Pejabat Maritim Selangor pada hari rabu yang lalu. 

Sesi bicara  yang berlangsung selama dua jam ini telah disampaikan oleh LTM (PA) Edmund Lee Wee Yan.  Antara perkongsian utama yang disampaikan adalah berkenaan teknik pertolongan cemas yang boleh membantu sekiranya berada dalam situasi kecemasan. Penceramah juga banyak memberi contoh situasi kecemasan di tempat kerja. Kemahiran asas pertolongan cemas seperti ini amat penting sebagai satu sokongan awal bagi membantu menyelamatkan nyawa mangsa sementara menunggu bantuan tiba.

Seramai 30 orang pegawai dan anggota Maritim Selangor telah sama-sama hadir menjayakan sesi taklimat ini. Kesedaran pertolongan cemas ini diharap dapat memberi pendedahan kepada semua agar tidak panik dalam mengendalikan situasi kecemasan, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kaum keluarga dan rakan terdekat. Taklimat diakhiri dengan pemberian sijil penghargaan kepada 3 anggota APM oleh Pengarah Maritim Selangor, Kepten (M) Siva Kumar a/l Vengadasalam.

j1   j5
 j3  j2
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC