MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS DAERAH KLANG UTARA OLEH PENGARAH MARITIM NEGERI SELANGOR
KLANG, 27 Mei - Pengarah Maritim Negeri Selangor , Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Klang Utara , ACP Vijaya Rao A/L Samachulu
Kunjungan ini adalah yang pertama dilaksanakan selepas beliau menjawat jawatan Pengarah Maritim Negeri Selangor. Dengan kunjungan hormat yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi kerjsasama dan hubungan antara komuniti bersama pihak Polis dan Maritim.
Pengarah Maritim Negeri Selangor diiringi oleh Pegawai Unit Selam dan Carilamat, Leftenan Madya (M) Luqman bin Hisham.
KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.
Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.