18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

KUALA LINGGI, 14 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melancarkan Operasi Khas Pagar Laut siri 1/2022 (Op Khas Pagar Laut) bermula 19 April hingga 17 Mei 2022 di seluruh perairan Malaysia, bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan.

Umumnya pelaku jenayah beranggapan penguatkuasaan undang- undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti dan meraikan perayaan. Situasi ini seringkali diambil kesempatan oleh sindiket dan penjenayah dengan melakukan aktiviti penyeludupan, pencerobohan, penipuan serta lain- lain jenayah berkaitan melalui jalan laut.

Menyedari ancaman yang bermusim, serta berdasarkan trend aktiviti jenayah di musim perayaan Aidilfitri sebelum ini, Maritim Malaysia tidak akan mengendurkan kesiapsiagaan operasi, malah operasi khas seperti Op Khas Pagar Laut dilancarkan bagi mengukuhkan kawalan keselamatan dengan meningkatkan kesiapsiagaan aset-aset, keanggotaan serta penguatkuasaan terutamanya di setiap titik panas seluruh negara, seterusnya memastikan langkah pencegahan yang efektif dilaksanakan supaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara terus terpelihara.

Op Khas Pagar Laut dilaksanakan setiap tahun bermula 2016 dan ini merupakan tahun ketujuh, melibatkan semua Maritim Negeri termasuk Zon Maritim berikutan cabaran dan ancaman yang berbeza antara negeri-negeri.

Sebagai contoh negeri-negeri di sepanjang Selat Melaka berhadapan dengan aktiviti penyeludupan dadah, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kontraband. Manakala di Pantai Timur terancam dengan aktiviti pencerobohan bot nelayan asing.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan turut berhadapan dengan ancaman penyeludupan kontraband, PATI, dadah serta barang kawalan bersubsidi.

Disamping menentukan keselamatan perairan sentiasa terjaga yang menjadi tugas teras, Maritim Malaysia juga sentiasa bersedia untuk mengerahkan aset-aset laut atau udara bagi melaksanakan tugas CARILAMAT atau `Search and Rescue’ (SAR).

Operasi Khas Pagar Laut siri 1/2021 tahun lalu, Maritim Malaysia merekodkan 21 tangkapan membabitkan PATI, penyeludupan dadah, kontraband, ketum dan lain-lain dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 38.8 juta.

Bagi tahun 2022 (sehingga 8 April 2022), Maritim Malaysia telah merekodkan 257 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan dadah, kontraband, pencerobohan bot nelayan asing dan lain-lain dengan nilai rampasan lebih RM49.2 juta.

LAKSAMANA MARITIM DATO' MOHD ZUBIL BIN MAT SOM

KETUA PENGARAH

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 57514360 6776 4796 9f5d 83b3e1975145  c94ccf87 66b9 4bbf 8462 e373680d3d72
 b40edcad de28 42e0 9a17 76444818d62f  42db37a4 af3a 4366 bb6e f71896dd45a4
   
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC