29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

PENGARAH MARITIM NEGERI SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KANAK-KANAK DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI NEGERI SARAWAK

KUCHING, 13 April- Maritim Negeri Sarawak telah menerima kunjungan Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti berserta rombongan dan telah disambut mesra oleh Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Pengarah Maritim Negeri Sarawak serta pegawai kanan bertempat di Dewan Perhimpunan Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, petang tadi.

WhatsApp Image 2022 04 13 at 4.59.03 PM 1

Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2022 dari Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak(JWKS) kepada Maritim Negeri Sarawak. Sebanyak 1,000 kotak barangan Sumbangsih Raya 2022 diserahkan kepada Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, Zon Maritim Tanjung Manis, Zon Maritim Bintulu dan Zon Maritim Miri.

WhatsApp Image 2022 04 13 at 4.59.03 PM

Sumbangsih Raya 2022 diadakan sebagai tanda keikhlasan dan kasih sayang kerajaan negeri Sarawak kepada semua anggota keselamatan dan penguat kuasa yang akan bertugas semasa Aidilfitri.

WhatsApp Image 2022 04 13 at 4.59.02 PM 1

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Puan Norita binti Bawi, Pengarah Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Sarawak dan Datin Siti-Ramah, Timbalan Pengarah, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC