29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

KLANG, 4 April - Operasi bersama Maritim Negeri Selangor dan Jabatan Kastam Selangor telah membuahkan hasil apabila berjaya menemui pelbagai jenama mercun serta bunga api  dari sebuah rumah kosong di Tanjong Karang, Selangor tengah hari semalam.

Hasil serbuan telah menemui pelbagai jenama mercun serta bunga api dan seorang lelaki warganegara malaysia dipercayai bertindak sebagai penjual turut ditahan bersama barangan tersebut.

Susulan dari itu, satu serbuan lagi telah dilakukan di sebuah rumah di jalan yang sama lebih kurang 200 meter dari rumah kosong terbabit telah berjaya menahan seorang lagi warganegara Malaysia dipercayai pemilik kepada mercun serta bunga api yang dijumpai.

Hasil siasatan mendapati rumah kosong terbabit telah dibuat stor penyimpanan mercun serta bunga api.

Kesemua barangan dianggarkan bernilai RM 700 000.00 dan kesemua telah dibawa ke Pejabat Kastam Tanjung Harapan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan dan memiliki barangan tak berkastam /larangan. 

 

ak1 ak3  
 ak2  
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC