24
Rab, Apr

Grid List

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

ZON MARITIM TANJUNG MANIS ADAKAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN PREMIS

TANJUNG MANIS, 31 Mac - Zon Maritim Tanjung Manis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tanjung Manis telah mengadakan Sesi Latihan Kebakaran dan Pengosongan bangunan/premis dengan jayanya pagi semalam.

WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.38 PM

Objektif utama latihan bertujuan melatih pegawai dan anggota agensi ini agar sentiasa peka dan cekap dalam menangani kebakaran sekiranya berlaku situasi sebenar.

WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.40 PM 1

Selain itu juga, latihan ini turut memberi pendedahan serta peringatan kepada pegawai dan anggota ZMTM agar menuju tempat yang selamat melalui laluan, pintu, lobi dan tangga keselamatan tanpa dibantu orang lain semasa kejadian sebenar.

Latihan diadakan selaras dengan keperluan pensijilan semula EKSA Zon Maritim Tanjung Manis yang bakal tamat tempoh Oktober 2022.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak anak Numpang  berkata, latihan seumpama ini juga amat penting demi mengeratkan silaturahim dan semangat kerja berpasukan serta kerjasama yang baik dengan pasukan JBPM Tanjung Manis.

Beliau merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama pelbagai pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

 

WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.40.02 PM

 

WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.37 PM

 

WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.39 PM

 

 

WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.39 PM 1

 WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.39 PM 2  

 WhatsApp Image 2022 03 30 at 2.39.40 PM

Grid List

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN DI LAHAD DATU AKAN JALANI PEMBEDAHAN LAGI

KOTA KINABALU, 23 APRIL – Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel yang terlibat dalam insiden tembakan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada hari esok.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan dan Eksesais (P&E) juga selaku Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz berkata, pembedahan ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada kornea mata beliau masih boleh berfungsi atau sebaliknya.

Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Pakar Mata bagi memastikan anggota berkenaan mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kebajikan terhadap anggota berkenaan di sini awal pagi tadi.

Turut sama pada sesi lawatan tersebut Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli serta Pegawai Memerintah KM Banggi, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi dan Pegawai Memerintah KM Memmon Leftenan Komander Muhamad Soleh bin Halim yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR).

Sementara itu, Siti Norhaini turut memaklumkan pihak Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga beliau yang tiba di Kota Kinabalu sepanjang mereka berada di sini.

Terdahulu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

 

ANGGOTA TEMBAK 2
 
ANGGOTA TEMBAK 3
 
ANGGOTA TEMBAK 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC