MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM BAGAN DATUK

Klang, 7 Januari - Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk telah diadakan di Auditorium Pejabat Maritim Negeri Selangor pagi tadi.

Mantan Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Kdr (M) Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi telah menyerahkan tugas kepada LT Kdr (M) Mohd Asri bin Zahari yang sebelum ini bertugas di Maritim Negeri Perak.

Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten  (M) Mohammad Rosli bin Mohd Kassim. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota kapal dapat mengekalkan prestasi dan memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pegawai memerintah yang baru. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama pegawai-pegawai kanan yang lain. 

1   2
 3  4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC