28
Kha, Mac

Grid List

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL

SEMBANG SANTAI: DEKATI KOMUNITI MARITIM HADAPI MUSIM TENGKUJUH

KUANTAN, 3 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah mengadakan sesi Sembang Teh Tarik bersama komuniti maritim di Kampung Peramu Kuantan pagi ini.

Program tersebut melibatkan enam pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang yang diketuai Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain  bersama 20 orang  komuniti nelayan tempatan sekitar Daerah Kuantan.

Antara pengisian program adalah sesi penerangan kesedaran keselamatan di laut yang bertujuan memberi peringatan dan kesedaran kepada komuniti nelayan pada fasa Monsun Timur Laut yang sedang melanda Pantai Timur.

Warga komuniti nelayan diingatkan supaya sentiasa menitikberatkan soal keselamatan di laut seperti memakai jaket keselamatan dan sentiasa peka terhadap amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Program seperti ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan dalam usaha mewujudkan hubungan  erat bersama komuniti maritim dan salah satu aktiviti utama adalah Preventive SAR yang menfokuskan kesedaran keselamatan di laut. 

Selain itu, Maritim Malaysia  menyarankan  komuniti nelayan supaya memuat naik aplikasi InfoBencanaJKM. Sistem itu merupakan aplikasi utama dalam pengumpulan dan pelaporan statistik mangsa bencana terutama banjir untuk kegunaan orang ramai serta pihak berkepentingan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan adanya aplikasi ini komuniti nelayan boleh membuat persiapan awal jika terdapat kawasan yang dinaiki air serta terdapat maklumat tambahan berkaitan banjir seperti mengenai paras air sungai, jalan tutup dan senarai fasiliti penyimpanan bekalan.

Dalam pertemuan itu, Persatuan komuniti nelayan turut berkongsi masalah serta keluhan yang dihadapi terutamanya melibatkan bot nelayan tempatan kelas C dan C2 yang melakukan aktiviti penangkapan di luar kawasan yang dibenarkan iaitu  kurang 12 batu .

Maritim Malaysia memaklumkan kepada komuniti nelayan bahawa Maritim Malaysia mengambil maklum perkara tersebut dan sebarang kejadian yang menyalahi undang-undang akan di ambil tindakan yang sewajarnya dan menasihati warga komuniti nelayan dengan menggunakan saluran yang betul dengan menghubungi  Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

b29b8ee8 2e92 4d1a 8a87 4c744be835e7    e6c4fcf8 7cdc 4471 9e50 8fcfa10a5fbe
 8b8fb3d4 4777 4d52 9002 68c805654875   671a22a2 d85b 4b49 bd51 5450c9ccaab3
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.

 

EXCO TRG
 
EXCO TRG 2
 
EXCO TRG 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC