PUTRAJAYA, 25 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari The Naval Attache of Royal Thai Embassy di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.
Kunjungan hormat diketuai oleh Captain Paitoon Sengjaroen, The Naval Attache of Royal Thai Embassy dan disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som.
Objektif kunjungan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama dan menggalakkan interaksi serta perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak untuk kepentingan bersama.
Turut menghadiri kunjungan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya (M) Kamaruszaman bin Hj. Abu Hassan, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda (M) Hamid bin Mohd Amin, dan Komander (M) Ahmad Azli bin Mohamed Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa.
Pertemuan ini penting kerana kerjasama yang kukuh dan berterusan ini akan dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan perairan persempadanan antara Malaysia dan Thailand.