25
Kha, Apr

Grid List

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

KUANTAN, 24 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang telah melaksanakan saringan air kencing di ibu pejabat Maritim Negeri Pahang pagi tadi.

Selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan Tatatertib) 1993, seramai 18 orang melibatkan pegawai dan aggota Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang telah melakukan saringan air kencing dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri Pahang (AADK).

Pelaksanaan saringan air kencing adalah bagi memastikan warga Maritim Malaysia tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh memberikan kesan besar kepada seseorang individu, keluarga, komuniti dan agensi sendiri.

Semua pegawai dan anggota yang dipilih telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang saringan air kencing berlangsung.

5f015114 5089 4e2d bef1 91f4255e5a0e   7759b121 6f1d 49d9 a13e 78abd1bfdbab
     
5f015114 5089 4e2d bef1 91f4255e5a0e   df1a253d 33cd 4272 a11d 0c7fb91d7e2a
Grid List

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN DI LAHAD DATU AKAN JALANI PEMBEDAHAN LAGI

KOTA KINABALU, 23 APRIL – Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel yang terlibat dalam insiden tembakan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada hari esok.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan dan Eksesais (P&E) juga selaku Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz berkata, pembedahan ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada kornea mata beliau masih boleh berfungsi atau sebaliknya.

Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Pakar Mata bagi memastikan anggota berkenaan mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kebajikan terhadap anggota berkenaan di sini awal pagi tadi.

Turut sama pada sesi lawatan tersebut Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli serta Pegawai Memerintah KM Banggi, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi dan Pegawai Memerintah KM Memmon Leftenan Komander Muhamad Soleh bin Halim yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR).

Sementara itu, Siti Norhaini turut memaklumkan pihak Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga beliau yang tiba di Kota Kinabalu sepanjang mereka berada di sini.

Terdahulu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

 

ANGGOTA TEMBAK 2
 
ANGGOTA TEMBAK 3
 
ANGGOTA TEMBAK 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC