25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MARITIM MALAYSIA KE ATAS YAB MENTERI BESAR JOHOR SEMPENA PENGANJURAN OP REDBACK XVI

NUSAJAYA, 11 November -  Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Madya Maritim Kamaruszaman bin Hj Abu Hassan diiringi Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria serta Counsellor Australian Border Force (ABF), Superintendent John Fleming telah melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad pada jam 3.00 petang, semalam di Pejabat Menteri Besar Johor.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memaklumkan kepada YAB MB Johor mengenai pelaksanaan Operasi Redback XVI bersama ABF yang akan diadakan di Batu Pahat pada 15 November hingga 21 November 2021.
Kunjungan hormat yang berlangsung selama setengah jam ini berlangsung dengan lancar dan YAB Menteri Besar Johor sangat mengalu-alukan kehadiran pihak ABF bagi Operasi Redback XVI yang memfokuskan kepada jenayah rentas sempadan di perairan Johor Barat.
Turut serta bersama di dalam kunjungan hormat ini adalah Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim, Kepten (M) Mohamad Soharto Bin Mat Said dan Inspector Brendan Hill daripada ABF.
 
 WhatsApp Image 2021 11 10 at 5.48.05 PM   WhatsApp Image 2021 11 10 at 5.48.05 PM 1 
 WhatsApp Image 2021 11 10 at 5.48.06 PM    WhatsApp Image 2021 11 10 at 5.48.07 PM
     
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC