ZON MARITIM KUALA PERLIS ANJUR PROGRAM DERMA DARAH


KUALA PERLIS, 4 Oktober – Seramai 30 pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Perlis menderma darah bagi membantu menambah bekalan darah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang semakin berkurangan. Program tersebut telah dilaksanakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada jam lebih kurang 10.00 pagi, tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, program ini merupakan hasil kolaborasi bersama  Unit Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah dan Zon Maritim Kuala Perlis.

Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan bagi memberikan kesedaran kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa manusia, merapatkan hubungan sesama anggota di samping memberi pengetahuan yang lebih jelas tentang kebaikan menderma darah.

Langkah-langah keselamatan dan kesedaran berkaitan Covid-19 turut dititikberatkan oleh pihak KKM semasa program ini dilangsungkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

Ini merupakan program tahunan bagi Zon Maritim Kuala Perlis dan dengan harapan ianya dapat membantu pihak hospital menambah bekalan darah sekali gus mampu menyelamatkan nyawa insan lain tanpa mengira bangsa dan agama.

WhatsApp Image 2021 10 04 at 2.44.49 PM    WhatsApp Image 2021 10 04 at 2.44.50 PM 
 WhatsApp Image 2021 10 04 at 2.44.48 PM    WhatsApp Image 2021 10 04 at 2.44.47 PM 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON