MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA BOT ZON MARITIM KUALA PERLIS  

 
KUALA PERLIS, 23 September - Majlis Serah Terima Tugas ketua bot Zon Maritim Kuala Perlis dan Pemakaian Lencana Ketua Bot telah dilaksanakan bertempat di aras 1 pejabat Zon Maritim Kuala Perlis dengan jayanya kira-kira pada jam 10.00 pagi tadi. 
Majlis Serah Terima Tugas ini telah disaksikan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, para pegawai dan anggota bot Zon Maritim Kuala Perlis.
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing turut berbesar hati menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada ketua bot yang baru untuk untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan sentiasa menerapkan nilai integriti dan disiplin yang tinggi ketika melaksanakan amanah yang diberikan.
 
WhatsApp Image 2021 09 23 at 12.35.08 PM    WhatsApp Image 2021 09 23 at 12.35.07 PM 1
 WhatsApp Image 2021 09 23 at 12.35.06 PM