MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LEFTENAN MADYA MARITIM

PELABUHAN KLANG, 9 September - Maritim Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat yang bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor pada hari ini. Seramai tiga pegawai APMM telah dinaikan pangkat Leftenan Muda Maritim ke pangkat Leftenan Madya Maritim.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Negeri Encik Ganesan A/L Shanmugam serta Pegawai Seksyen Operasi Negeri Leftenan Maritim Mohd Syafiq bin Sazali.

Dalam ucapan Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai yang dinaikkan pangkat dan beliau berharap kesemua mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih bermotivasi tinggi.

rsz img 2917 2   rsz img 2946 2
     
rsz img 2964 2   rsz img 2936 2