PENYERAHAN KAD UCAPAN TERIMA KASIH FRONTLINER SEMPENA HARI KEBANGSAAN TABIKA PERPADUAN KEPADA MARITIM NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 2 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah menerima kad ucapan terima kasih frontliner sempena Hari Kebangsaan dari Tabika Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor.

Majlis penyerahan kad ucapan terima kasih ini disampaikan oleh Puan Nabila Syifaa binti Md Noh, guru Tabika Perpaduan Imigresen bersama Puan Rohaya binti Jamil kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Irmawati binti Ismail bagi pihak Pengarah Maritim Negeri Johor.

Kad ucapan terima kasih ini adalah daripada Guru-guru Tabika, Kanak-kanak Tabika dan Ibu Bapa/ Penjaga Kelas Tabika Perpaduan kepada semua Petugas Barisan Hadapan (Frontliner) sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan bakti demi menjaga keamanan Negara dan Bangsa.

 

 WhatsApp Image 2021 09 02 at 15.58.18 1    WhatsApp Image 2021 09 02 at 15.58.18