KLANG, 2 September – Maritim Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Selangor, YBrs Tuan Aminuddin bin Muhammad di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli bin Kassim bersama beberapa pegawai kanan Maritim Negeri Selangor. Lawatan kali ini adalah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara Maritim Negeri Selangor dan KPDNHEP Selangor dalam keperluan menjalankan tugas.