19
Jum, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAH KONTAK RAPAT PESAKIT COVID-19 DARI PULAU TIOMAN

ROMPIN, 1 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah membantu membawa keluar 17 kontak rapat pesakit Covid-19 menggunakan Kapal Maritim (KM) Tatau dari Pulau Tioman ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, di sini petang semalam.


Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, bantuan melalui operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Pejabat Klinik Kesihatan Pulau Tioman bagi bantuan membawa 17 penduduk yang merupakan kontak rapat covid-19 ke pusat kuarantin.


Susulan itu, KM Tatau yang beroperasi di sekitar perairan Pulau Tioman lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) telah ke Pulau Tioman bagi melaksanakan khidmat Medevac itu.


KM Tatau tiba di lokasi sekitar pukul 12.00 tengahari dan terus memindahkan 17 kontek rapat pesakit covid-19 untuk dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading dengan mengambil masa kira-kira tiga jam.


Kesemua Kontek Rapat pesakit covid-19 tersebut kemudian terus dipindahkan ke Pusat Kuarantin Kuala Rompin untuk pemantauan.
Kapal dan Anggota Maritim Malaysia yang bertugas kemudiannya turut disanitasi dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

05b32b23 4c57 4bcd 8266 41da8e7285dc   4ce0e70c 42f1 449c aa3a d5e39f45c484
4ce0e70c 42f1 449c aa3a d5e39f45c484   7bffd005 3083 4b27 ba9f 0296feb0a7d2
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC