MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LASKAR KELAS I MARITIM

KUCHING, 23 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat kuasa Lain-Lain Pangkat, Laskar Kelas I Maritim bertempat di Dewan Perhimpunan, Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) yang telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus,pagi tadi.

WhatsApp Image 2021 03 23 at 14.02.13

Majlis tersebut menyaksikan tiga orang Laskar Kelas II Maritim dinaikkan pangkat ke Laskar Kelas I Maritim iaitu Laskar Kelas I Maritim Azhar Bin Amran, anggota kapal KM Kota Kinabalu,  Laskar Kelas I Maritim Nurul Huda Binti Rukais dan Laskar Kelas I Maritim Nur Anis Anisa Binti Ismail Zuki adalah merupakan anggota Unit C3I Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Yousry Bin Yaali dan Timbalan Pengarah Pengurusan Encik Yusuf Mok Bin Mohd Generawi.