132 PENGUAT KUASA MARITIM NEGERI PULAU PINANG TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID -19

GEORGETOWN, 18 Mac – Seramai 132 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19  semalam.

Suntikan vaksin dilakukan di dua lokaliti iaitu Klinik Kesihatan Sungai Dua Timur Laut serta Klinik Kesihatan Jalan Perak.

Kesemua penerima vaksin telah dipantau oleh petugas kesihatan selama 30 minit selepas menerima suntikan bagi memastikan tiada sebarang kesan sampingan ke atas mereka.

Maritim Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya komuniti maritim untuk sama-sama mendaftar diri bagi pengambilan vaksin dalam aplikasi MySejahtera serta mengambil bahagian di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai menyahut seruan kerajaan demi mencapai imuniti berkelompok.

 WhatsApp Image 2021 03 18 at 10.08.04 AM   WhatsApp Image 2021 03 18 at 10.08.05 AM