PENGARAH ZON MARITIM PERLIS SAMBUT MESRA KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI PERLIS

KUALA PERLIS, 18 Mac - Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Mohd Amir bin Abdullah, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Perlis bertempat di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 10.00 pagi tadi.

Kunjungan hormat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Perlis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) disertai oleh delegasi yang terdiri daripada Tuan Basri bin Haji Md Isa (Pegawai Penguat Kuasa), Puan Farhana binti Musa (Pegawai Penguat Kuasa), Puan Hasmarina binti Harun (Penolong Pegawai Penguat Kuasa), Tuan Bah Halim a/l Bah Ngos (Penolong Pegawai Penguat Kuasa), Tuan Syamsul Amin bin Yusof ((Penolong Pegawai Penguat Kuasa), Encik Azarudin bin Othman (Pembantu Penguat Kuasa) dan Encik Mohd Azroy bin Bahanuddin (Pembantu Penguat Kuasa). Kehadiran delegasi KPDNHEP Negeri Perlis ini bertujuan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi penguatkuasaan di Negeri Perlis yang berlangsung kira-kira sejam.

Pelbagai isu dibincangkan antaranya, isu penyeludupan barangan keperluan asas bersubsidi kerajaan yang memberi kesan negatif kepada penduduk negeri ini serta perkongsian maklumat, operasi bersama, latihan serta kursus yang berkaitan dengan jenayah penyeludupan serta barang kawalan turut dibincangkan bagi menambahkan pengetahuan anggota dalam aspek penguatkuasaan pada masa akan datang.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Siasatan Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Mohamad Zaimi bin Yakub, Timbalan Pengarah Keselamatan Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Shayful Hazame bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan Zon Maritim Kuala Perlis, Puan Hasniza binti Amir Sharifuddin, Pegawai Waran ll Maritim Md Khidzri bin Mia Abdullah dan Laskar Kanan Maritim Mohd Shakyff Rizal bin Mohd Sali.

 

WhatsApp Image 2021 03 18 at 3.14.00 PM    WhatsApp Image 2021 03 18 at 3.13.59 PM 1 
     
 WhatsApp Image 2021 03 18 at 3.13.58 PM 1