GEORGETOWN, 20 Mac - Maritim Negeri Pulau Pinang pagi ini, telah menerima sumbangan sebanyak 300 pelitup muka (KN95) daripada syarikat Madewings Malaysia Sdn Bhd. bagi kegunaan pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Ekskutif Madewings, Mohamad Zaimy Asrul bin Abd Razak kepada Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pulau Pinang, Leftenan Komander Maritim Mohd Nasaruddin bin Muhamed.
Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif mereka kepada petugas barisan hadapan negara dalam menangani pandemik COVID-19 terutama di Perairan Pulau Pinang.