MARITIM NEGERI PAHANG HULUR SUMBANGAN KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TERKESAN AKIBAT BENCANA BANJIR

KUANTAN, 19 JanuariMaritim Negeri Pahang menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang yang terkesan akibat banjir pada 19 Januari lalu.

Bantuan berupa wang tunai telah disampaikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud  kepada Leftenan Maritim Anuar bin Mohamad, Bintara Kanan Maritim Mohd Azlan bin Abdul Manaf dan Laskar Kanan Maritim Mohd Anafiah bin Mat Esa.

Sumbangan ini diberikan kepada pegawai dan anggota yang terjejas akibat banjir dalam gelombang pertama pada awal Disember lalu dengan harapan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka menghadapi musibah banjir, terutama dari segi keperluan rumah.

1     2
     
 4    3

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG