PERSARAAN PEGAWAI KANAN MARITIM MALAYSIA

 
PUTRAJAYA, 31 Disember - Dua Pegawai Kanan Maritim Malaysia telah diraikan hari ini dalam satu majlis sempena persaraan perkhidmatan mulai esok, 1 Januari 2021.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar bersara wajib, manakala Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Latihan Operasi (BPPM) Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan pula bersara atas pilihan. 
Berikutan itu, Majlis Serah Terima Tugas Pengarah BPPM turut diadakan dalam majlis berkenaan yang disaksikan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan. 
Setelah berkhidmat selama 26 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar telah melanjutkan kerjayanya bersama Maritim Malaysia selama 15 tahun.
Manakala, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan telah berkhidmat selama 21 tahun bersama TLDM sebelum menyertai Maritim Malaysia dan menamatkan karier beliau di sini, hari ini.
Hari ini merupakan hari akhir perkhidmatan mereka dan telah diraikan dalam majlis JasaMu DiKenang serta istidat ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.
Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar serta Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan di atas segala jasa dan sumbangan bakti kepada Maritim Malaysia selama perkhidmatan.
WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.40 AM   WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.33 AM  WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.37 AM

WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.34 AM   WhatsApp Image 2021 01 07 at 9.52.39 AM