KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN PENGARAH (OPERASI) MARITIM NEGERI JOHOR KE ATAS KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN (PPM) WILAYAH DUA NEGERI JOHOR BERSEMPENA MESYUARAT OP BENTENG KGT 24.7 DI MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA

Johor Bahru, 15 Disember - Timbalan Pengarah Maritim Negeri Johor merangkap Ketua Gugus Tugas (KGT) 24.7, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa diiringi oleh Timbalan Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Mohd Ardi Bin Mat Nawi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Negeri Johor, ACP Muhd Zailani Bin Abdullah di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi.

Kunjungan hormat ini bersempena Mesyuarat Op Benteng Kgt 24.7 yang dipengerusikan oleh Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa. Selain itu, kunjungan hormat ini adalah untuk bersuai kenal dan berbincang mengenai hala tuju kerjasama di antara Maritim Negeri Johor (MN Johor) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Johor. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai operasi bersama kedua-dua agensi dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang di Perairan Negeri Johor.

Komander PPM Wilayah Dua berharap kerjasama yang erat dapat dijalinkan dari segi pengoperasian, perkongsian maklumat, latihan dan juga hubungan sosial di antara kedua agensi. Pihak PPM Wilayah Dua merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan ini dan sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Maritim Malaysia terutama MN Johor dalam bersama-sama menjaga perairan negeri Johor.

Mesyuarat Op Benteng KGT 24.7 ini melibatkan tiga agensi utama daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membincangkan isu-isu pengoperasian dan perkongsian maklumat di perairan Johor Barat ataupun lebih dikenali sebagai Sektor 7.

WhatsApp Image 2020 12 15 at 15.35.17

WhatsApp Image 2020 12 15 at 15.35.18

WhatsApp Image 2020 12 15 at 15.35.19