MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM TATAU

TANJUNG GEMOK, 11 Disember - Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KM Tatau telah diadakan di Pejabat Pos Maritim Tanjung Gemok, semalam.


Mantan Pegawai Memerintah KM Tatau, Leftenan Maritim Muhamad Nur Hakim bin Maulud yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Memerintah KM Tatau menyerahkan tugas kepada Leftenan Maritim Rohaizad bin Hussain yang sebelum ini bertugas di Seksen Operasi Zon Maritim Mersing, Johor.


Majlis serah terima tugas ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota kapal dapat mengekalkan prestasi dan memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada Pegawai Memerintah yang baru dalam memantapkan lagi kecermelangan KM Tatau.

1    2 
     
 3    4

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG