Kota Tinggi, 9 Disember – Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan bin Zainon telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, YDH SUPT Hussin bin Zamora bertempat di IPD Kota Tinggi pagi tadi.

Pertemuan yang berlangsung selama  satu jam itu, membincangkan pelbagai isu-isu semasa antaranya termasuklah usaha memerangi jenayah rentas sempadan seperti isu pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi kerjasama di bawah National Task Force (NTF).

Selain itu, pertemuan yang diadakan ini juga adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.

cb0629d0 8cc6 4136 aff3 b6071cc57720  db174880 1260 4be8 a585 236085c45308
 ee6cfc3b 1171 4a55 8fa5 fdbc89fb9aab

 f40f529a eecc 45de b805 8931aa2f65c3