KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI PULAU PINANG KE ATAS KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 1

GEORGETOWN, 17 November - Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed telah melakukan kunjungan hormat ulung ke atas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, YDH ACP Rosman Bin Ismail bertempat di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban.

Sesi pertemuan yang diadakan itu dijadikan pentas untuk bertukar pendapat serta berkongsi pandangan di antara kedua-dua belah pihak mengenai cabaran dan peranan masing-masing dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Antara lainnya, pertemuan itu juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan sedia ada. Tambahan ketika ini negara begitu komited menerusi National Task Force dalam usaha memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan yang didalangi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti isu pencerobohan PATI.

Turut Hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nakrong A/L Si-Pron, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Maritim Negeri Pulau Pinang, En. Rosli Bin Hassan serta beberapa barisan pegawai lain.

 

 WhatsApp Image 2020 11 17 at 9.02.30 PM 1  WhatsApp Image 2020 11 17 at 9.02.30 PM