MAJLIS BACAAN YASIN, KESYUKURAN DAN BERSELAWAT SEMPENA MAULIDUR RASUL 1442H MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 18 November - Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19, kemeriahan Maulidur Rasul tetap dirasai sungguhpun majlis disambut secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard dalam suasana norma baharu oleh warga Maritim Negeri Pahang pada 13 November yang lalu.

Majlis diadakan di Surau Al-Bahri, Maritim Negeri Pahang dimulakan dengan bacaan yasin untuk disedekahkan kepada ahli keluarga Maritim Negeri Pahang yang telah meninggal dunia, serta selawat sempena Maulidur Rasul 1442H untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut hadir dalam majlis ini, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang serta 40 orang pegawai dan anggota ibu pejabat Maritim Negeri Pahang.

 1    3
     
 2    4

 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang