TANJUNG MANIS, 13 November - Zon Maritim Tanjung Manis telah menerima peralatan dan pemasangan RMPNet oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Peralatan Komunikasi RMPNet ini telah dipasang dalam usaha menjalinkan kerjasama dan operasi bersepadu tiga perkhidmatan Op Benteng iaitu Maritim Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia dalam usaha berterusan membantu kerajaan memerangi kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini disamping membenteras dan memerangi penularan COVID-19 menerusi jalan laut.

Rombongan pemasangan RMPNet ini diketuai oleh Inspektor Wafi dan turut dibantu oleh tujuh orang Pegawai Lain-lain Pangkat PDRM. Ketibaan mereka disambut oleh Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis dengan suasana norma baharu serta meingikuti prosuder operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum memasuki premis.

Diharap dengan adanya kerjasama seumpama ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan yang terjalin di antara PDRM dan APMM dalam bidang penguatkuasaan.

WhatsApp Image 2020 11 13 at 15.07.49 WhatsApp Image 2020 11 13 at 15.14.33

WhatsApp Image 2020 11 13 at 15.08.05

Disediakan oleh: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Manis.