Sidebar

28
Sab, Nov

AKTIVITI
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times

TANJUNG MANIS, 13 NOVEMBER - Zon Maritim Tanjung Manis telah mengadakan Majlis Penyerahan Peralatan bantuan dan aksesori Personal Protective Equipment (PPE) kepada Ketua Bot Pengawal 22, di Perkarangan Jeti Terminal Penumpang, Tanjung Manis yang diserahkan oleh Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis.

Penyerahan ini adalah bertujuan bagi membekalkan peralatan pelindungan diri kepada setiap petugas hadapan (frontliners) dalam usaha berterusan membantu kerajaan memerangi serta memutuskan rantaian penularan COVID-19 di kalangan komuniti maritim dalam industri perkapalan mahupun komuniti nelayan yang menggunakan laluan laut.

Mohd Ariz berkata, rutin pemeriksaan kini adalah lebih menitikberatkan kepada suasana norma baharu dan mengikut garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh oleh pihak berkuasa.

"Oleh itu, disarankan setiap pengusaha vesel ataupun bot nelayan agar dibekalkan dengan Face Shield, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman (Hand Sanitizer) bagi menjadikannya amalan kebiasaan kepada setiap krew atau awak-awak vesel mereka", katanya lagi.

Usaha ini akan dilakukan secara berterusan agar setiap pegawai-pegawai yang bertugas di lapangan sentiasa memastikan setiap pemeriksaan yang dilakukan ke atas vesel-vesel atau bot nelayan dibuat ujian saringan suhu agar mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat serta bebas dari wabak penyakit berjangkit sepanjang pelayaran dan keberadaan mereka di laut.

 

WhatsApp Image 2020 11 13 at 09.38.09 WhatsApp Image 2020 11 13 at 09.38.10

WhatsApp Image 2020 11 13 at 09.38.09 1 WhatsApp Image 2020 11 13 at 09.38.11

 

Disediakan oleh Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Manis.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON