KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 7 September - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YB. Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.

Dalam pertemuan yang julung kali dilakukan ini, pelbagai perkara dibincangkan antara lain adalah berkenaan dengan isu-isu semasa terutama berkaitan penguatkuasaan undang-undang di Perairan Negeri Kedah selain ruang kerjasama yang boleh ditambah baik antara Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan Kerajaan Negeri Kedah yang telah sedia terjalin selama ini.

Sepanjang kunjungan itu, turut hadir adalah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Kedah dan Perlis Encik Ahmad Fuad bin Ishak dan Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad.

f5c4ac03 5875 441c b117 e20582b45336    bd12f1f3 a259 4ef7 bff3 8b42ec2b1d6b 
     
0d64fc1a 9943 4d89 8631 f047479fcc9d   901b19be cd9d 457c 966b ef9867807d51