24
Rab, Apr

Grid List

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS KE ATAS PENGARAH KASTAM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 2 September - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah Kastam Kedah bertempat di Pejabat Pengarah Kompleks Kastam Negeri Kedah pada hari ini.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut baik oleh Pengarah Kastam kedah Puan Azizah binti Kechik bersama beberapa pegawai kanan. Antara intipati perbincangan antara lain adalah berkenaan langkah-langkah strategik antara Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan pihak Kastam Negeri Kedah dalam memperkukuh hubungan kerjasama dalam melaksanakan penguatkuasaan di laut untuk membanteras sebarang bentuk kes penyeludupan khususnya di perairan Kedah dan juga perkongsian penggunaan fasiliti milik Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah.

4e25c69e 3abe 4149 b1af 9e97121732c3    99ad3d27 e82b 441c 95d0 52fd29d9edad 
     
79763f12 0d96 4a09 8405 856b6378cdf8   9ea08d8b 6e31 4e54 bccf 187e1433605f

 

Grid List

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN DI LAHAD DATU AKAN JALANI PEMBEDAHAN LAGI

KOTA KINABALU, 23 APRIL – Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel yang terlibat dalam insiden tembakan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada hari esok.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan dan Eksesais (P&E) juga selaku Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz berkata, pembedahan ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada kornea mata beliau masih boleh berfungsi atau sebaliknya.

Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Pakar Mata bagi memastikan anggota berkenaan mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kebajikan terhadap anggota berkenaan di sini awal pagi tadi.

Turut sama pada sesi lawatan tersebut Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli serta Pegawai Memerintah KM Banggi, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi dan Pegawai Memerintah KM Memmon Leftenan Komander Muhamad Soleh bin Halim yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR).

Sementara itu, Siti Norhaini turut memaklumkan pihak Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga beliau yang tiba di Kota Kinabalu sepanjang mereka berada di sini.

Terdahulu, Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

 

ANGGOTA TEMBAK 2
 
ANGGOTA TEMBAK 3
 
ANGGOTA TEMBAK 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC