PUTRAJAYA, 29 Julai – Ketua Pengarah Maritim Malaysia semalam menerima kunjungan hormat Yang Di-Pertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Wilayah Persekutuan , YBhg. Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Abbas (Bersara) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan perihal kebajikan anggota dan keluarga pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah tamat perkhidmatan dan berkhidmat dengan Maritim Malaysia.
Dato’ Samsudin menyeru pesara-pesara ATM untuk mendaftar sebagai ahli PVATM agar kebajikan mereka dan isteri serta anak-anak akan mendapat bantuan sewajarnya walaupun mereka telah meninggal dunia.
Sumber/ Foto: Unit Komunikasi Koporat Ibu Pejabat.