MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC ) 2019, MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT SERTA MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG BERTUKAR KELUAR DARI MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 15 Julai - Bertempat di Ibu Pejabat Maritim NegeriPahang, telah berlangsungnya majlis  penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2019, Majlis pemakaian pangkat serta Majlis perpisahan pegawai  dan anggota yang bertukar keluar dari Maritim Negeri Pahang (MN Pahang).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Negeri iaitu Puan Siti Muslihani binti Abdul Ghani,  Semua Pegawai Memerintah Kapal, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta semua warga Maritim Negeri Pahang.

Seramai 20 pegawai serta anggota telah menerima APC tahun 2019 dan seorang pegawai dinaikkan pangkat dari Leftenan Maritim ke Leftenan Komander Maritim. Mnanakala seramai 6 orang pegawai dan anggota akan bertukar keluar dari MN Pahang ke penempatan baru pada majlis pada kali ini.

1  2 
 3  4

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG