AKTIVITI
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times

PUTRAJAYA,25 JUN- Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som harini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Rostam Affendi bin Dato Salleh.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan pelbagai isu-isu semasa berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan isu-isu keselamatan yang lain.

Penyerahan sumbangan berupa peralatan pelindungan diri seperti sarung tangan, pelitup muka, alat pengimbas suhu, hand sanitizer, turut diberikan kepada Maritim Malaysia untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di lapangan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Encik Mohd Yusof bin Aman, dan Timbalan Ketua Pengarah III, Bahagian Penyelidikan JPM, Encik Mohd Yani bin Daud

#StaySafe
#StayAtHome
#AgensiPenguatkuasaanMaritimMalaysia
#APMM
#COVID19
#MCGReport

 

 

 

 KUNJUNGAN HORMAT 2  KUNJUNGAN HORMAT

KUNJUNGAN HORMAT 4