KOTA KINABALU, 24 Mac - Maritim Negeri Sabah hari ini, menerima bantuan face mask dan hand sanitizer yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada  Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama (M) Mohd Rosli bin Abdullah.
 
Bantuan yang sama turut disalurkan kepada semua agensi barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani isu wabak COVID19 di bawah Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.
Selain Maritim Malaysia, agensi Frontliner yang turut menerima sumbangan tersebut adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Estern Sabah Security Command (ESSCOM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), RELA dan Agensi Pertahanan Awam (APM).
WhatsApp Image 2020 03 24 at 10.01.40    WhatsApp Image 2020 03 24 at 10.01.40 2 
 WhatsApp Image 2020 03 24 at 10.01.38    WhatsApp Image 2020 03 24 at 10.01.38 2