MARITIM MALAYSIA KERJAYA PILIHAN LEPASAN SPM

LABUAN, 9 Mac - Zon Maritim Labuan (ZM Labuan) telah mengadakan taklimat kerjaya APMM kepada lebih kurang 200 orang pelajar tingkatan satu hingga empat SMK Rancha Rancha bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan ZM Labuan Leftenan Komander Maritim Hilmi bin Abdullah. Objektif taklimat ini adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan fungsi dan bidang tugas Maritim Malaysia. Selain itu, taklimat berkenaan keselamatan nyawa semasa melakukan sebarang aktiviti di laut juga menjadi topik utama dalam program ini.

Beliau turut menjelaskan Maritim Malaysia merupakan agensi peneraju dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut.

“Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang” ucap YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh selaku Pengetua SMK Rancha Rancha.

 

WhatsApp Image 2020 03 10 at 19.20.04 1    WhatsApp Image 2020 03 10 at 19.20.04