KUCHING, 10 Feb 2020 – Maritim Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5, ACP Shamsol Bin Kassim bertempat di Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah 5 hari ini.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, Pengarah Maritim Negeri Sarawak ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sedia ada di antara kedua belah pihak disamping membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di sekitar perairan negeri Sarawak. Selain itu, perbincangan juga berkisar dengan perancangan untuk memperkasakan lagi aktiviti penguatkuasaan untuk membendung jenayah di perairan Sarawak.
Hadir sama pada kunjungan tersebut ialah Komander Maritim Dzulfikhar Bin Ali, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sarawak dan Leftenan Komander Maritim Mahkos Anak Juing, Pegawai Operasi Maritim Negeri Sarawak.