JOHOR BAHRU, 17 Februari – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Ibrahim Bin Haji Mohamed telah berkesempatan melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor dan ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor.
Ketibaan Yang Berbahagia Datuk disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat sebagai acara pembukaan istiadat menyambut Tetamu Kehormat. Beliau dibawa melawat ke Jeti APMM Sungai Pulai sebelum ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor yang bertempat di Bangunan Tabung Haji Negeri Johor.
Seterusnya pada hari ini Yang Berbahagia Datuk dibawa melawat ke Zon Maritim Tanjung Sedeli.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Bin Hj. Abdul Rasid dan Pegawai Pegawai Kanan serta warga kerja Maritim Negeri Johor turut sama menyambut dan mengalu-alukan kedatangan beliau.