KUCHING, 5 Feb 2020 – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana KM BAGAN DATUK, Lt Kdr (M) Mahathir bin Mohamad dan Lt (M) Mohd Khairulanwar bin Hamzah pada pagi ini.
Pertemuan yang diadakan di pejabat beliau adalah sempena pengoperasian KM BAGAN DATUK di Maritim Negeri Sarawak pada bulan Februari. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan hormat pertama Lt Kdr (M) Mahathir setelah mengambil alih tugas sebagai Pegawai Memerintah KM BAGAN DATUK pada 31 Oktober 2019 lalu.
Dalam pertemuan tersebut juga Laksamana Pertama Maritim Robert berkesempatan memberikan penerangan berkenaan operasi yang dijalankan di Maritim Negeri Sarawak. Kunjungan ini berakhir dengan penyampaian cenderahati dan pertukaran pelaka.