Tawau, 15 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau telah melaksanakan pemakaian bagi jawatan Laskar Kanan Maritim gred T4, pada hari Isnin lalu, 13 Januari 2020.
Majlis ini dilaksanakan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember 2019. Turut dilaksanakan penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh Bulanan bagi bulan Disember 2019 dalam majlis berkenaan. Terdapat 11 anggota maritim yang terlibat dalam majlis pemangkaian pangkat berkenaan.
Tujuan majlis pemangkaian pangkat ini adalah bertujuan menghargai para anggota tersebut dalam menyumbangkan kudrat mereka bagi melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, khususnya di perairan Tawau.
Malahan, dalam majlis tersebut juga, Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam juga mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada kesemua anggota yang terlibat dan semoga dengan pemakaian pangkat ini, akan memberikan suatu semangat dan inspirasi baru dalam menjalankan tugas hakiki masing-masing kelak.
Tahniah diucapkan kepada keseluruhan anggota atas kenaikan pangkat anda ini. Semoga terus cemerlang berkhidmat di masa hadapan.