JOHOR BAHRU, 24 Oktober - Satu mesyuarat jawatankuasa perancang gerakan negeri Johor telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor hari ini. Mesyuarat yang telah dipergerusikan secara bersama diantara agensi keselamatan dan penguatkuasaan peringkat negeri Johor.
Antara yang hadir di mesyuarat tersebut adalah Ketua Polis Negeri Johor, YDH DCP Dato' Mohd Kamarudin Bin md. Din, Panglima Markas 7 Briged ATM, YBhg Brig Jen Dato' Hj. Zawawi Bin Adam, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Bin Hj. Abdul Rashid, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Johor, En. Baharudin Bin Tahir, Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Negeri Johor, En. Mohd Noor Bin Hasan, Pegawai Memerintah Batalion 5 PGA, Supt. Jaafar Bin Kaini, Pemangku Komandan Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Supt. Hj. Noor Azman Bin Jamal serta Pengarah Keselamatan Negeri Johor MKN, En. Mohd Tarimizi Bin Dan selaku Ketua Urus Setia pada Musyuarat ini.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor