TAWAU, 6 DISEMBER – Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam, Pengarah Zon Maritim Tawau bersama Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin, Timbalan Pengarah Operasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas ACP Peter Ak Umbuas selaku Ketua Polis Daerah di Ibu pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) baru - baru ini.
Kunjungan ini merupakan julung kalinya diadakan oleh Zon Maritim Tawau ke atas Ketua Polis Daerah Tawau. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada yang terjalin disamping menggalakkan interaksi dipelbagai peringkat dalam agensi serta membincangkan dan berkongsi pendapat terutamanya berkenaan isu- isu berkaitan pelanggaran undang- undang di daerah Tawau khususnya di peringkat komuniti maritim.
Sumber / Foto : Staf Unit Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau