06
Sel, Jun

WARGA MARITIM NEGERI PERAK SERTAI TAKLIMAT DAN LATIHAN KEBAKARAN

LUMUT, 9 Mei - Seramai 56 warga Maritim Malaysia Negeri Perak telah menghadiri taklimat dan latihan kebakaran yang bertempat di perkarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada pagi tadi.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Maritim Negeri Perak terutamanya berkenaan tindakan awal kebakaran serta cara-cara pengendalian alat pemadam api iaitu teknik mengawal dan memadam api yang efisien.
Taklimat ini telah disampaikan oleh PBK I Sahriman bin Hashani dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Seri Manjung bersama tujuh anggota serta sebuah jentera pemadaman kebakaran.
Taklimat yang disampaikan adalah berkenaan kebakaran jenis cecair mudah terbakar, kebakaran melibatkan elektrik dan kebakaran di dapur (minyak masak).
Di samping itu, pihak bomba juga melaksanakan beberapa siri demo kebakaran dan cara memadam api melibatkan kebakaran jenis cecair mudah terbakar seperti petrol, cat atau diesel dengan mengunakan alat pemadam api kecil (APAK) yang terdapat di pejabat serta menggunakan jentera bomba.
Anggota Maritim Negeri Perak juga turut diberi peluang untuk merasai pengalaman memadam kebakaran. 
Secara keseluruhannya, latihan telah berjaya dilaksanakan dengan selamat.
Maritim Negeri Perak sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan pengoperasian di antara kedua-dua pihak.
 
WhatsApp Image 2023 05 09 at 14.21.46 4   WhatsApp Image 2023 05 09 at 14.21.46 7

WhatsApp Image 2023 05 09 at 14.21.46 2

 

WhatsApp Image 2023 05 09 at 14.21.46 1

WhatsApp Image 2023 05 09 at 14.21.46 6

 

WhatsApp Image 2023 05 09 at 14.21.46 5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC