TANJUNG MANIS, 30 November – Zon Maritim Tanjung Manis (ZMTM) telah menerima lawatan 30 orang kanak-kanak berserta guru dari Tabika Kemas Kampung Rajang A, Belawai semalam bersempena program Lawatan ke Aset Zon Maritim Tanjung Manis bertempat di Jeti Penumpang Tanjung Manis pada pagi 29 November 2022.
Tujuan utama program lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan awal serta mendidik kanak-kanak di sekitar kawasan ZMTM akan kepentingan menjaga keselamatan diri seperti sentiasa memakai jaket keselamatan ketika turun ke laut.
Beberapa pengisian program turut diadakan antaranya lawatan ke Kapal KM SEMILANG dan Bot PENGAWAL 22, serta aktiviti mewarna turut diadakan.
Lawatan tersebut mendapat sambutan positif daripada pelajar serta tenaga pengajar Tabika Kemas Kampung Rajang A. Maritim Malaysia menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan serta menyokong pelaksanaan program yang seumpamanya.